KUANTAN:Taman Negara Pahang, Kuala Tahan yang terletak kira-kira 200 kilometer dari sini, dibenarkan untuk kembali beroperasi hari ini, selepas ditutup kepada orang awam pada 6 Okt sebagai langkah berjaga-jaga ekoran peningkatan kes COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Perladangan dan Bioteknologi negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata beliau telah dimaklumkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berhubung keputusan itu malam tadi.
Keputusan itu, menurut Mohd Sharkar adalah perkara yang wajar memandangkan Pahang tidak terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
"Kerajaan negeri berterima kasih kepada mereka yang terlibat yang dapat menerima permohonan kami supaya keputusan menutup sementara Taman Negara ditarik semula kerana kita sedang berusaha merancakkan semula sektor pelancongan negeri bagi membantu pengusaha resort dan pemandu pelancong.
"Mereka sudah terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini dan baru hendak kembali bernafas apabila arahan penutupan dikeluarkan. Jadi, keputusan baharu ini membolehkan orang ramai yang sudah membuat tempahan awal, bercuti seperti dirancang," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Mohd Sharkar juga menasihatkan pengusaha resort, pemandu pelancong serta pengunjung Taman Negara untuk menghargai peluang itu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk menjaga aspek penjarakan fizikal.
Untuk rekod, dilaporkan terdapat 170 pemandu pelancong, 38 pengusaha penginapan dan 17 agensi pelancongan di Taman Negara selain 78 pengusaha bot di Sungai Tahan dan 30 orang di Sungai Tembeling mencari makan dengan membawa masuk pelancong ke pusat rekreasi tersebut.
Pada Selasa lepas, Mohd Sharkar dilaporkan meminta pihak berkaitan meneliti semula arahan penutupan Taman Negara sebagai langkah berwaspada kerana peningkatan kes COVID-19, yang dilihat menjejaskan mata pencarian pengusaha resort dan pemandu pelancong di situ.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kesejahteraan Kampung Kuala Tahan Abdul Jalil Abd Rahman berkata mereka kini sedikit lega apabila tuntutan memorandum pada 19 Okt lepas supaya arahan penutupan itu ditarik balik mendapat perhatian kerajaan negeri dan Persekutuan.
"Kami kena manfaatkan saki-baki masa yang ada untuk menarik semula pengunjung kerana berkemungkinan tidak dapat beroperasi pada pertengahan November disebabkan Monsun Timur Laut. Mungkin sukar kerana ramai yang sudah membatalkan tempahan namun kami perlu mencuba," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 23 2020
Kerajaan negeri sedang berusaha merancakkan semula sektor pelancongan negeri bagi membantu pengusaha resort dan pemandu pelancong. - Facebook / Taman Negara, Pahang
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi
Iran memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu.
AWANI Ringkas: Empat individu mengaku bersalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).
Polis terima laporan kes gaduh libat anak bekas Exco Pulau Pinang
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai pergaduhan melibatkan beberapa individu di sebuah kafe di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pada 13 Mei lalu.
Konsert Dato' M.N45ir Cipta bakal gegar Axiata Arena 10 Ogos
Maestro muzik tersohor, Datuk M Nasir akan tampil dengan Konsert Dato' M.N45ir Cipta yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos depan.
Lebih 569 tan bantuan dihantar melalui jeti sementara ke Gaza - AS
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan telah dihantar melalui jeti sementara ke Gaza sejak ia mula beroperasi minggu lepas.
Nama lain, kes libat lelaki Israel mungkin dilakukan orang lain - Peguam
Peguam berkata, menerusi pasport Perancis yang digunakan untuk memasuki Malaysia, nama anak guamnya ialah Shalom Avitan, namun dalam kertas pertuduhan tertulis, Avitan Shalom.
Didiagnosis dengan ‘mild depression’, Dina Nadzir hilang kawan
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir berkongsi bahawa dirinya kehilangan beberapa orang rakan dalam hidupnya selepas didiagnosis dengan kemurungan.
Kepimpinan Iran: Apa jadi selepas ini?
Bersama Prof Dr Mohd Roslan Mohd Noor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, UM.
Gajah liar masuk Kampung Seri Bayas dipindah
Gajah jantan yang berusia 15 tahun itu dipindahkan ke Taman Negara Terengganu pada Rabu.
Perhilitan Kelantan pindah 12 gajah liar
12 ekor gajah liar yang ditangkap telah dipindahkan ke habitat lebih selamat sejak Januari hingga Julai lalu.
COVID-19: Kerajaan Pahang hilang RM20 bilion ekoran sektor pelancongan ditutup
Dari Januari hingga Mac tahun ini, Pahang kehilangan 79 peratus kehadiran daripada 3 juta pelancong berbanding tahun lepas.
Negara berdepan kepupusan Harimau Belang Malaya jika tidak dipelihara
Tindakan pembiakan, pemuliharaan dan pembelajaran mengenai Harimau Belang Malaya diperlukan bagi mengelakkan kepupusan populasi berkenaan di negara ini.
Pengendali jet ski mati lemas selepas selamatkan pelanggan
Mangsa mati lemas selepas bantu dua pelanggannya terjatuh ke dalam laut ketika menunggang jet ski.
Cameron Highlands, Bukit Fraser antara kawasan pelancongan dipantau Polis Pahang
Polis Pahang akan meningkatkan pemantauan di kawasan pelancongan negeri ini susulan aktiviti sektor berkenaan sudah dirancakkan semula.
Lima gajah liar berjaya dipindahkan ke taman negara
Lima gajah betina liar termasuk seekor anak gajah berusia satu tahun yang ditangkap di Kampung Kuala Tiga, dekat sini Selasa lepas, berjaya dipindahkan dari sini ke Taman Negara di Terengganu.
Banjir: 79 pelancong terkandas di Taman Negara dibawa keluar
Kesemua mereka adalah pelancong yang mendaftar masuk di empat resort di Taman Negara semasa cuti hujung tahun.
Lukisan mural Laman Samudera tarikan terbaharu pelancong ke Mersing
Lukisan mural di Laman Samudera terletak berhampiran jeti penumpang Mersing hanya mengambil masa tiga minit berjalan kaki.
Pahang mohon teliti semula arahan tutup Taman Negara
Arahan itu dilihat menjejaskan sektor pelancongan yang baru hendak dirancakkan semula selepas berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama tiga bulan mulai 18 Mac lepas.